00:00Pengurusan pelarian di Malaysia memerlukan strategi yang menyeluruh bagi memastikan kebajikan golongan itu terpelihara tanpa menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat
00:09tempatan.
00:10Menurut Ketua Pegawai Operasi Al-Khair Malaysia, Muhammad Lukmanul Hakim Muhammad Rezwan, usaha membantu pelarian tidak boleh digalas oleh Suruhanjaya
00:19PBB untuk pelarian UNHCR semata-mata sebaliknya memerlukan penglibatan kerajaan, badan bukan kerajaan NGO dan masyarakat.
00:30Beliau berkata sumbangan dan sokongan daripada pelbagai pihak mampu membantu pelarian yang berdepan kekangan untuk mendapatkan akses kepada pekerjaan dan
00:39pendidikan.
00:40Muhammad Lukmanul Hakim turut menegaskan, usaha menyediakan kemudahan pendidikan kepada pelarian bukan satu tugas yang mudah dan memerlukan kerjasama yang
00:48lebih meluas.
00:50Pada masa sama, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan persepsi yang tidak tepat sehingga menimbulkan ketakutan terhadap golongan pelarian.
01:00Terima kasih telah menonton!