• 2 minutes ago
Bukit Aman mengesahkan juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia antara 13 yang ditahan berhubung penemuan 96.6 kilogram dadah jenis Syabu bernilai RM4.83 juta dadah di Pangkalan Udara Subang, baru-baru ini berperanan sebagai koordinator dan ‘transporter’.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Bukit Aman mengesahkan juruterbang tentera udara diraja Malaysia antara 13 yang ditahan berhubung penemuan 96.6 kg dadah jenis
00:11syabu bernilai 4.83 juta ringgit dadah di pangkalan udara Subang.
00:17Baru-baru ini berperanan sebagai koordinator dan transporter.
00:20Bagaimanapun, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Dato' Husin Omar Han berkata, siasatan lanjut masih dilakukan termasuk upah yang diterima mereka.
00:33Beliau menjelaskan abil membabitkan sindiket setiap daripada mereka mempunyai peranan masing-masing.
00:39Begitu juga dengan jumlah tangkapan, babitkan setakat ini 13 individu menjadi sebahagian ahli sindiket.
00:46Dia sebagai salah satu ahli lah. Maksudnya peranan dia selain daripada koordinator, dia juga adalah transporter lah membawa bekalan dadah
00:55tu daripada Lembah Kelang ke Sabah.
01:00Yang pasti dalam siasatan dibawa ke Labuan dan juga Tawau. Jadi kita juga melihat kemungkinan melibatkan destinasi lain.
01:15Mengelah selanjutnya, Husin berkata pihaknya sudah mengenapasti berapa ahli sindiket sebelum tangkapan dilakukan.
01:21Tangkapan sehingga kini adalah 13 tangkapan terdiri daripada 7 pegawai dan anggota TUDM serta 6 orang awam.
01:29Pihak polis masih menjalankan siasatan pembabitan lain-lain ahli sindiket dan berapa individu sudah dikenapasti untuk tindakan lanjut.
01:37Maklumat lain termasuk berapa trip sudah dibawa menggunakan aset tentera juga masih dalam siasatan.
01:44Katanya beri ruang kepada pihak polis untuk selesaikan siasatan dan selepas ini ketua polis negara akan berkongsi hasil siasatan.

Recommended