• 5 minutes ago
Tandas berbau atau kumbahan melimpah mungkin petanda tangki septik memerlukan perhatian.

Tahukah anda, sisa pepejal dalam tangki septik akan mendap dan terkumpul dari masa ke semasa? Tanpa penyelenggaraan dan pengosongan mengikut jadual, ia boleh menjejaskan fungsi sistem kumbahan serta meningkatkan risiko kepada penghuni dan persekitaran, khususnya pencemaran dan penyakit bawaan air.

Melalui Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, pemilik premis boleh mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan pengosongan tangki septik dan memastikan penyelenggaraan dilakukan pada masa yang sesuai.

Ingat, sisa kumbahan mungkin tidak kelihatan, tetapi penjagaannya tidak boleh diabaikan.

Hubungi customerportal.iwk.com.my untuk maklumat lanjut.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tandas berbau, kumbahan melimpah, memang pening kepala.
00:04Tahukah anda salah satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah penyelenggaraan tangki najis atau tangki septic.
00:11Bagi rumah yang menggunakan tangki septic individu dan tidak bersambung dengan sistem pembentungan awam,
00:17tangki ini perlu diselenggara dan dikosongkan secara berkala sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.
00:24Kalau tak mengikut jadual, sisa yang terkumpul boleh menjejaskan fungsi tangki.
00:29Ini kerana tangki septic bekerja setiap hari untuk menguruskan kumbahan domestik dari tandas, bilik mandi dan dapur.
00:36Lama kelamaan, sisa pepejal akan mendap di dasar tangki dan membentuk enak cemar.
00:42Jika dibiarkan terlalu lama tanpa disedut, enak cemar ini boleh menjadi semakin padat dan keras
00:48sekaligus menyukarkan proses pengosongan serta menjejaskan fungsi tangki septic.
00:54Apabila tangki tidak lagi dapat berfungsi dengan baik, risiko masalah seperti kumbahan melimpah dan bau yang tidak menyenangkan boleh meningkat.
01:04Pengosongan tangki septic berjadual penting bagi memastikan tangki septic dapat berfungsi dengan baik.
01:10Kita tidak seharusnya menunggu sehingga masalah berlaku kerana penyelenggaraan bekala dapat mengurangkan risiko gangguan kepada penghumi dan juga persekitaran.
01:21Jadi, pemilik rumah perlu mengetahui jenis sistem kumbahan yang digunakan dan memastikan tangki septic di selenggara mengikut jadual yang disyorkan.
01:31Jangan tunggu sehingga tandas berbau atau kumbahan melimpah baru nak bertindak.
01:36Melalui Indah Water Consortium atau IWK, pemilik premis boleh mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan pengosongan tangki septic dan menjadualkan pengosongan bila
01:47tiba masa.
01:47Penyelenggaraan berkala membantu menjaga fungsi sistem kumbahan, keselesaan penghuni dan kesejahteraan alam sekitar.
01:56Tak nampak bukan tak perlu sedut.
01:58Jangan tunggu penuh, sedut ikut jadual.
02:01Hubungi IWK untuk maklumat lanjut mengenai pengosongan tangki septic.
02:06Jangan tunggu penuh, sedut ikut jadual.
Comments

Recommended