00:00Seramai 19 orang maut manakala 364 lagi cedera dalam siri serangan kumpulan huti yang menyasarkan beberapa lapangan terbang di Arab
00:08Saudi sejak awal Oktober.
00:10Menurut Jurucakap Pakatan Tentera Pimpinan Arab Saudi, Turki Al-Maliki, serangan huti terhadap Arab Saudi meningkat ketara sejak awal bulan
00:18ini.
00:20Beliau berkata lapangan terbang antarabangsa King Khalid di Riyad sahaja menjadi sasaran 20 serangan sejak 5 Oktober.
00:27Daripada jumlah itu, seramai 17 orang terbunuh manakala 333 lagi cedera dalam serangan yang menyasarkan lapangan terbang tersebut antara 7
00:38hingga 11 Oktober.
00:40Di lapangan terbang antarabangsa Abha pula, 2 orang dilaporkan maut dan 28 lagi cedera akibat serangan yang dilancarkan kumpulan tersebut.
00:48Menurut angka yang dikeluarkan Pakatan Berkenaan, 3 orang lagi turut cedera dalam serangan yang menyasarkan lapangan terbang antarabangsa King Abdullah
00:56di wilayah Jazan.
00:59Secara keseluruhan, 5 lapangan terbang di Arab Saudi dilaporkan menjadi sasaran serangan huti sejak 5 Oktober.
01:06Serangan tersebut menyebabkan kematian, kecederaan, kerusakan harta benda dan gangguan terhadap operasi penerbangan di negara berkenaan.
01:14Terima kasih telah menonton!