Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Seorang rakyat Palestin terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam siri serangan udara dan tembakan yang dilaporkan berlaku di Gaza.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang rakyat Palestine maut manakala beberapa lagi cedera dalam siri serangan udara dan tembakan tentera Israel di Gaza pada Khamis
00:07ketika mana pelanggaran gencatan senjata terus dilaporkan berlaku.
00:11Menurut sumber perubatan, seorang lelaki terkorban apabila drone Israel menyerang sekumpulan orang awam di kawasan Al-Saftawi, utara bandar Gaza.
00:23Dalam insiden berasingan, tiga lagi rakyat Palestine dibawa ke Hospital Al-Shifa selepas serangan drone mengenai kawasan berhampiran balai polis
00:30Al-Abbas di bandar barat Gaza.
00:33Serangan itu berlaku berhampiran kemah penempatan orang awam yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik berterusan.
00:40Saksi turut melaporkan sebuah bangunan kediaman di barat Jalan Yarmouk, tengah bandar Gaza diserang tidak lama selepas tentera Israel mengeluarkan
00:48arahan pemindahan.
00:50Di kem pelarian Maghazi, dua buah rumah musnah dalam serangan berasingan yang teruk menyebabkan kerosakan besar kepada bangunan di sekitar
00:57kawasan berkenaan.
00:59Penduduk dilaporkan melarikan diri selepas menerima amaran tentera Israel beberapa minit sebelum serangan dilancarkan.
01:06Dalam perkembangan lain, kenderaan tentera Israel teruk melepaskan tembakan ke arah kemah penduduk di kem Halawa, Timur Jabalia, menyebabkan seorang
01:14rakyat Palestine cedera.
01:15Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan pelanggaran genjatan senjata sejak Oktober tahun lalu telah meragut 1,505 nyawa dan mencederakan lebih 5
01:25,300 orang.

Recommended