00:00Negara-negara Asia Barat sedang mempercepat peralihan kepada tenaga boleh baru bagi memenuhi peningkatan permintaan elektrik dan memperkukuh keselamatan tenaga.
00:09Perkara itu menjadi antara tumpuan Persidangan Elektrik dan Tenaga Oman kali kelima yang turut dikenali sebagai IEEE Power Talks 2026
00:18di Maskep.
00:22Persidangan tiga hari itu menghimpunkan pegawai dan pakar dari 47 negara bagi membincangkan pasaran tenaga, tenaga bersih, naik taraf grid
00:31elektrik dan kecekapan operasi.
00:33Pengarah Pusat Kajian Strategi Antarabangsa dan Tenaga Bahrain, Dr. Abdullah Isa Al-Abbasi berkata, konflik dan ketidaktentuan di rantau itu
00:41tidak akan menggagalkan peralihan kepada tenaga boleh baru.
00:44Menurutnya, kesemua negara majlis kerjasama teluk GCC sudah menjadikan peralihan tenaga sebahagian daripada perancangan strategik masing-masing.
00:53Di Oman, kerajaan sedang memperluas infrastruktur tenaga solar dan angin bagi menampung pertumbuhan industri serta menstabilkan grid elektrik negara.
01:02Ketua Pengarah Kementerian Tenaga dan Mineral Oman, Hamud Hamad Al-Sawafi berkata, negara itu mempunyai potensi besar dalam penghasilan tenaga
01:09solar dan angin.
01:10Syarikat Minyak Utama Oman, Petroleum Development Oman turut mempelbagaikan sumber tenaganya bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil dan gas
01:19untuk penjanaan elektrik.