Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Kebakaran hutan yang berlarutan di Indonesia memusnahkan habitat orang utan, memaksa lebih banyak haiwan diselamatkan. Pusat pemulihan di Kalimantan Barat kini berdepan cabaran menampung peningkatan jumlah orang utan yang dipindahkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kebakaran hutan di Indonesia menyebabkan semakin banyak orang hutan diselamatkan selepas habitat semula jadi haiwan terancam itu musnah.
00:08Kebakaran yang melanda Borneo dan Sumatera sejak Julai lalu dijangka berterusan sehingga November diburukkan lagi oleh fenomena El Nino.
00:18Pusat Pemulihan Yayasan Inisiasi Alam Rehabilitasi Indonesia atau YARI di Kalimantan Barat kini menempatkan 90 orang hutan selepas menyelamatkan 49
00:28ekor sejak Ogos lalu.
00:30Kebakaran itu turut menyebabkan jerabu tebal yang menjejaskan beberapa kawasan di Borneo, Singapura dan semenanjung Malaysia selain meningkatkan risiko masalah
00:37penafasan.
00:38Antara kes yang menyayat hati ialah seikur orang hutan bernama Sampurna yang ditemukan tercungat-cungap di sebuah ladang kelapa sawit
00:45pada Ogos lalu.
00:47Sampurna mati pada 30 Ogos kurang daripada 12 jam selepas diselamatkan. Pemeriksaan mendapati paru-parunya mengalami kerusakan serius akibat masalah
00:56penafasan.
00:56Menurut anggaran pertubuhan bukan kerajaan NGO sekurang-kurangnya, 600,000 hektare kawasan hutan Indonesia turut terbakar selepas Julai menjadikan Kalimantan
01:05Barat antara kawasan yang paling teruk terjejas.
01:08Dalam operasi menyelamat, pasukan Yari menggunakan drone untuk mengesah orang hutan di kawasan hutan yang terbakar sebelum membawa haiwan itu
01:14ke tempat selamat.
01:16Kebakaran turut menyebabkan orang hutan kehilangan habitat dan berpindah ke kawasan ladang bagi mencari pelindungan.
01:22Walaupun beberapa orang hutan yang diselamatkan telah dilepaskan semula ke kawasan lebih selamat, Yari bimbang pusat pemulihannya tidak mampu menampung
01:29lebih banyak haiwan sekiranya kebakaran terus meribak.
01:31Terima kasih kerana menonton!

Recommended