Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Transformasi digital industri pembinaan perlu melibatkan semua kontraktor termasuk G1 hingga G7, disokong latihan, bimbingan dan kerjasama strategik bagi meningkatkan kecekapan serta memastikan pematuhan standard dan kualiti.
Transcript
00:00Transformasi digital dalam industri pembinaan perlu dilaksanakan secara inklusif
00:05bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati semua lapisan industri
00:09khususnya kontraktor kecil dan sederhana.
00:13Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nantal Linggi,
00:16pendigitalan menjadi keperluan penting bagi meningkatkan kecekapan,
00:21produktiviti dan daya saing industri pembinaan yang berhadapan pelbagai cabaran
00:26terutama dalam pengurusan kos, pematuhan spesifikasi bahan dan penyiapan projek mengikut jadual.
00:35Ujannya, transformasi digital mestilah inklusif dan memberikan manfaat kepada semua lapisan industri
00:40termasuk kontraktor grade G1 hingga G7 khususnya kontraktor kecil dan sederhana
00:45melalui platform yang mudah digunakan serta sokongan yang bersesuaian.
00:48Dan tak berkata kejayaan pendigitalan turut memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran
00:52dan bersedia menerima perubahan, justru latihan, bimbingan serta sokongan
00:56penggunaan teknologi perlu diperkukuh bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara menyeluruh.
01:02Beliau berkata kerjasama strategi antara kerajaan dengan industri juga penting
01:05bagi memastikan pembangunan teknologi menghasilkan penyelesaian praktikal
01:09yang memenuhi keperluan sebenar industri.
01:12Dalam peritu, Nantal berkata aspek kualiti, standar dan pematuhan tidak boleh dikompromi
01:16dalam usaha memperluas akses pasaran manakala ketepatan maklumat produk,
01:20kejelasan spesifikasi, keboleh percayaan pembekal serta keselamatan data
01:25perlu diberikan keutamaan bagi menjamin keyakinan pengguna.

Recommended