Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani menegaskan komitmen Doha untuk membantu sektor tenaga Lubnan dan melaksanakan projek-projek bersama yang dipersetujui. Dalam masa sama, Lubnan mahu kehadiran pasukan antarabangsa diteruskan selepas mandat UNIFIL tamat hujung tahun ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Qatar menegaskan komitmennya untuk terus membantu Lubunan, termasuk dalam usaha memperkukuh sektor tenaga dan kestabilan negara itu.
00:08Perdana Menteri Merangkap Menteri Luar Qatar, Syekh Mohd bin Abdul Rahman Altani berkata,
00:12sektor tenaga merupakan antara keutamaan utama dalam kerjasama antara kedua-dua negara.
00:17Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Lubunan, Joseph Aoun di Beirut pada Jumaat.
00:23Menurut Syekh Mohd, pertemuan dengan Aoun turut menyentuh hubungan dua hala serta usaha memperkukuh keselamatan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
00:31Beliau berkata kedua-dua pihak turut berbincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa termasuk situasi keselamatan di selatan Lubunan.
00:38Altani mengulangi pendirian Qatar yang menyokong langkah-langkah diambil oleh kerajaan Lubunan serta menegaskan kepentingan pengunduran tentera Israel dari wilayah
00:46Lubunan yang masih diduduki.
00:48Beliau turut menegaskan komitmen berterusan Durha dalam membantu perbangunan dan kestabilan negara tersebut.
00:54Dalam perkembangan berkaitan, Lubunan menegaskan komitmennya untuk mengekalkan kehadiran pasukan antarabangsa di selatan negara itu selepas mandat Unifil berakhir penghujung
01:02tahun ini.
01:03Menteri Luar Lubunan Yusuf Raji berkata, pasukan pengaman PBB memainkan peranan penting dalam mengekalkan keselamatan dan kestabilan kawasan berkenaan.
01:11PBB turut memaklumkan majlis keselamatan akan memulakan rundingan mengenai masa depan kehadiran antarabangsa di Lubunan.
01:19Pada masa sama, Kesatuan Eropah meluluskan penubuhan misi sokongan baharu selama 3 tahun bagi memperkukuh keupayaan tentera dan pasukan keselamatan
01:27Lubunan.

Recommended