00:00Jabatan Imigresi Malaysia JIM menahan 190 warga asing dan dua lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Pudu
00:09di Ibu Negara awal pagi tadi, susulan aduan orang ramai tentang gangguan ketenteraan awam.
00:14Timbalan Ketua Pengarah Penguasaan JIM, Datuk Basri Uthman berkata, warga asing yang ditahan terdiri daripada 99 lelaki dan 91 wanita
00:22berumur antara 20 hingga 41 tahun.
00:27Beliau berkata daripada jumlah itu, 188 orang ialah warga Indonesia manakala masing-masing seorang warga Bangladesh dan India.
00:34Dua lelaki tempatan yang ditahan dipercayai majikan dan penjaga premis hiburan berkenaan yang terletak kira-kira 10 meter dari sebuah
00:41masjid.
00:42Jelasnya, di dalam pusat hiburan ini terdapat beberapa bilik yang dijadikan tempat berhibur dan ketika serbuan terdapat antara 50 hingga
00:4860 orang sedang berhibur di dalam setiap bilik berkenaan.
00:51Basri berkata antara kesalahan imigresin yang dikesan ialah tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
00:58Beliau berkata kesemua individu yang ditahan dibawa ke depo tahanan untuk tujuan dokumentasi dan siasatan.
01:04Kes disiasat mengikut Seksyen 6-1-C dan Seksyen 15-1-C Akta Imigresin 1959-63 berkaitan kesalahan tidak memiliki
01:13dokumen yang sah dan tinggal lebih masa.