Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Presiden Perancis Emmanuel Macron mengkritik perjanjian diesel antara Amerika Syarikat dan Rusia yang menurutnya menimbulkan keraguan serta perpecahan. Dalam masa sama, beliau menegaskan Kesatuan Eropah akan terus menyokong Ukraine dan memperkukuh bantuan pertahanan kepada negara itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perancis mengkritik perjanjian diesel yang dimeterai antara Amerika Syarikat dan Rusia dengan menyifatkannya sebagai langkah yang menimbulkan keraguan serta perpecahan.
00:09Menurut Presidennya Emmanuel Macron, keputusan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump itu menghantar mesej negatif kepada rakan-rakan
00:17sekutu.
00:19Menurut beliau, Perancis akan terus berunding dengan Washington berhubung langkah-langkah yang lebih berkesan untuk mengurangkan harga diesel, petrol dan
00:28gas.
00:28Macron berkata perjanjian berkenaan tidak akan memberikan kesan yang signifikan dalam usaha menurunkan harga tenaga kepada pengguna.
00:36Beliau menambah bahawa penyelesaian jangka panjang memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh dan selaras dengan kepentingan keselamatan tenaga Eropah.
00:44Dalam perkembangan sama, Macron turut menegaskan sokongan berterusan Eropah terhadap Ukraine dalam menghadapi konflik dengan Rusia.
00:52Menurutnya, negara-negara Eropah tidak akan meninggalkan Kiev dan akan terus membantu memperkukuh keupayaan pertahanan Ukraine.
01:00Macron berkata keselamatan Eropah serta prinsip-prinsip antarabangsa yang menjadi asas kestabilan rantau itu kini berada dalam keadaan yang dipertaruhkan.
01:09Beliau menegaskan Eropah akan terus berusaha mengekalkan perpaduan dalam menangani cabaran keselamatan dan tenaga yang dihadapi rantau itu.

Recommended