Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan video Menteri Dalam Negeri mengupacarakan perkahwinan sivil pasangan bukan Islam yang tular semula di media sosial bukan kejadian baharu sebaliknya adalah sebahagian pengisian majlis sambutan Jubli Intan JPN sempena Hari Pendaftaran Negara 2023.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, Jabatan Pendaftaran Negara JPN menegaskan video Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengupacarakan perkahwinan sibil pasangan bukan
00:09Islam yang tular semula di media sosial bukan kejadian baharu.
00:14Sebaliknya, sebahagian daripada pengisian majlis sambutan Jubli Intan JPN sempena Hari Pendaftaran Negara 2023.
00:23Dalam hantaran di Facebook pada Jumaat, JPN memaklumkan perkara itu sudah dijelaskan secara rasmi pada 25 Oktober 2023.
00:32Menurut JPN, tindakan mengitar semula rekaman lama tanpa menjelaskan konteks sebenar boleh menimbulkan persepsi mengelirukan dan mencetuskan salah faham dalam
00:42kalangan masyarakat.
00:43Orang ramai khususnya pengguna media sosial digesel supaya lebih bertanggungjawab dalam menyimak kesahihan, tarikh dan konteks sesuatu rekaman sebelum menyebarkannya.
00:53JPN menasihati orang ramai supaya tidak mengitar semula isu lama dengan naratif mengelirukan.
00:59Sebaliknya, menghormati fakta, merujuk penjelasan rasmi dan tidak menjadikan media sosial sebagai medan mencetuskan salah faham dalam masyarakat.
01:08Tegas JPN, perbezaan pandangan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyebarkan maklumat di luar konteks sehingga mencetuskan polemik yang tidak berasas.
01:18Menurut hantaran itu, JPN dipertengungjawabkan melaksanakan pendaftaran perkahwinan sivil pasangan bukan Islam berdasarkan Akta Membaharui Undang-Undang Perkahwinan dan Perceraian
01:291976 Akta 164.
01:31JPN memaklumkan penglibatan Menteri Dalam Negeri dalam pengupacaraan perkahwinan sivil berkenaan adalah sebahagian daripada pengisian majlis rasmi JPN pada 2023
01:42dan perlu dilihat dalam konteks pelaksanaan fungsi serta tanggungjawab jabatan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.
01:49Selain itu, JPN turut berkongsi pandangan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan aspek hukum syarat yang relevan sebagai rujukan masyarakat agar
01:59perkara ini dinilai berdasarkan fakta dan penjelasan pihak berautoriti, bukannya andaian atau tafsiran yang mengelirukan.
02:06Menerusi hantaran itu, JPN turut melampirkan kenyataan media bertarikh 25 Oktober 2023 yang menjelaskan pendaftaran perkahwinan sivil dua pasangan di
02:16pejabat JPN Putrajaya tidak melibatkan ritual keagamaan atau adat sesuatu kaum.
02:22Terima kasih telah menonton!

Recommended