00:00Brazil melakar sejarah baharu dalam dasar buruh apabila meluluskan pindaan perlembagaan yang menamatkan minggu kerja 6 hari dan menggantikannya dengan
00:09minggu kerja 5 hari.
00:11Presiden Luis Inacio Lula da Silva menghadiri sesi khas di Senat bagi mengistiharkan pindaan tersebut.
00:18Lula da Silva menyifatkan perubahan itu sebagai satu pencapaian besar untuk golongan pekerja serta kemajuan hak buruh di negara berkenaan.
00:25Menurut beliau, pekerja Brazil memainkan peranan penting dalam membentuk negara yang lebih adil dan inklusif.
00:32Pindaan perlembagaan itu diluluskan oleh Senat pada 14 Oktober lalu dan mengurangkan minggu kerja standar daripada 6 hari kepada 5
00:41hari seminggu.
00:42Keputusan berkenaan dilihat sebagai kemenangan legislatif penting buat Lula da Silva menjelang pusingan kedua pilihan raya presiden yang dijaduakan berlangsung
00:51pada 25 Oktober.
00:52Carangan pembaharuan buruk itu mendapat sokongan meluas merentasi spektrum politik Brazil selepas diluluskan dalam dua undian yang diperlukan di Senat.
01:02Malah lawan politik Lula da Silva dalam pilihan raya presiden, senator berharuan kanan Flavio Bolsonaro turut menyokong pindaan tersebut walaupun
01:10sebelum ini menentangnya.
01:12Penyokong reformasi berpendapat pengurangan hari bekerja mampu meningkatkan keseimbangan kehidupan dan pekerjaan, produktiviti serta kesejahteraan pekerja.
01:21Bagaimanapun beberapa pihak dalam sektor perniagaan menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan peningkatan kos operasi dan cabaran pelaksanaan dalam sesetengah industri.