00:00Baik, asap daripada kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan kini dilaporkan merebak hingga ke Jakarta, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan nasihat
00:09kesihatan kepada penduduk.
00:10Menurut Pakau Ikanat Agensi Meteorologi Indonesia, Gus Wanto, imej satelit menunjukkan asap meliputi Kalimantan dan Sumatera selalu bergerak ke arah
00:19Banten, Jawa Barat dan Jakarta.
00:22Menurut beliau, setakat ini masih belum dapat disahkan sejauh mana asap berkenaan menjejaskan kualiti udara di permukaan bumi.
00:30Data sehingga tengah hari Jumaat menunjukkan kepekatan zarah halus PM2.5 di kawasan Kemayoran, Jakarta, mencecah 67.5 mikrogram per
00:39meter padu iaitu pada tahap yang dikatakan sebagai tidak sihat.
00:44Susulan itu, Gus Wanto menasihatkan penduduk supaya mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah termasuk bersenam di kawasan terbuka.
00:51Beliau turut menggesa orang ramai memakai pelitup muka bagi mengurangkan pendedahan kepada zarah pencemaran di udara.
00:57Jerebu rentas sepadan akibat kepakaran hutan di Indonesia ini turut memberi kesan kepada beberapa negara jiran termasuk Malaysia dan Singapura.
01:06Pihak berkuasa Indonesia terus memantau perkembangan situasi sambil memperhebat usaha mengawal kebakaran.
01:12Terima kasih telah menonton!