Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Krisis kebakaran hutan dan jerebu rentas sempadan bukan sekadar isu menyalahkan Indonesia, sebaliknya rakyat negara itu sendiri turut menjadi antara mangsa paling terkesan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Krisis kebakaran hutan dan jerebu rentas sempadan bukan sekadar mahu menyalahkan Indonesia, tetapi tindakan tegas dan segera perlu dilakukan untuk
00:10melindungi rakyat negara yang menjadi mangsa paling terkesan.
00:14Pemangku wakil negara Greenpeace Malaysia, Hank Kiah Chun menegaskan, Malaysia dan Singapura juga mempunyai tanggungjawab memastikan syarikat yang mempunyai kaitan
00:24korporat dengan negara masing-masing tidak terlepas daripada siasatan dan tindakan undang-undang.
00:33Ini bukan soal menyalahkan Indonesia semata-mata. Rakyat Indonesia juga mangsa. Rakyat Indonesia sendiri antara yang paling teruk terjejas.
00:42Selepas lebih diketekat, krisis kebakaran hutan dan jerebu masih berulang. Walaupun tahap kebakaran berbeza setiap tahun, masalah asas seperti kemusnahan
00:52hutan dan kerosakan tanah gambut, penggunaan tanah yang tidak mampan serta kelemahan penguatkuasa masih belum diselesaikan sepenuhnya.
01:00Persoalannya bukan sekadar sama ada keadaan ini terkawal, tetapi mengapa selepas lebih 30 tahun, rakyat di Asia Tenggara masih perlu
01:10menanggung krisis yang sama?
01:14Sebelum ini, media melaporkan dua syarikat peladangan kelapa sawit yang tersenarai di Singapura iaitu Bumi Tama Agri dan First Resources
01:22dikaitkan dengan kawasan peladangan di Indonesia yang dikesan berlaku kebakaran dan pencemaran asap menurut siasatan oleh kumpulan alam sekitar Greenpeace.
01:32Sebuah lagi syarikat milik persendirian First Borneo Plantations yang mempunyai kaitan pemilikkan dengan syarikat yang diperbadankan di Singapura, tuuk dinamakan
01:43dalam laporan bertarikh 5 Oktober.
01:45Terima kasih telah menonton!
01:46Terima kasih telah menonton!
01:47Terima kasih telah menonton!

Recommended