Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam mengadakan pusingan keenam pungutan suara bagi menilai tahap sokongan terhadap Calon Setiausaha Agung PBB yang baharu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB semalam mengadakan pusingan ke-6 punggutan suara bagi menilai tahap sokongan terhadap calon
00:08setiausaha agung PBB yang baru.
00:10Perkara itu telah disahkan oleh wakil tetap geris ke PBB, Aglaya Balta yang negaranya memegang jawatan presiden bagi Majlis Keselamatan
00:19pada Oktober.
00:21Balta berkata setiap calon akan dimalumkan mengenai keputusan undian menerusi wakil tetap negara anggota yang mencalonkan mereka.
00:30Presiden Perhimpunan Agung PBB turut akan dimalumkan mengenai pelaksanaan undian berkenaan.
00:36Undian tidak rasmi itu adalah proses tertutup yang digunakan untuk menilai peluang setiap calon sebelum Majlis Keselamatan memilih seorang calon
00:43untuk disyorkan kepada Perhimpunan Agung PBB bagi pelantikan sebagai setiausaha agung yang baru.
00:50Dalam proses itu, anggota Majlis Keselamatan dipercayai diberikan kertas undi bagi setiap calon dengan tiga pilihan iaitu disokong, tidak disokong
00:59dan tiada pendirian dinyatakan.
01:01Bagi memperoleh sokongan Majlis Keselamatan, calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya sembilan undi sokongan serta tidak menerima sembarang undi bantahan daripada
01:11mana-mana lima anggota tetap Majlis Berkenaan.
01:13Tujuh calon masih bersaing bagi jawatan itu iaitu Yvonne Abaki dan Maria Fernanda Espinosa dari Ecuador, Rafael Grossi dari Argentina,
01:23Rebecca Greenspan dari Costa Rica, Olara Otunu dari Uganda, Caroline Rodriguez Brickett dari Guyana serta bekas Presiden Senegal, Maki Saul.

Recommended