Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Wartawan Indonesia dedah 12 daripada 23 kes kebakaran hutan di Kalimantan Selatan disyaki melibatkan korporat, dengan unsur kesengajaan turut disiasat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 12 kes kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan Selatan, Indonesia disyaki melibatkan pihak korporat.
00:07Pendedahan itu dibuat Ketua Kompas TV Banjar Mahasin, Fadli Azhari yang memaklumkan kes berkenaan merupakan sebahagian daripada 23 kes yang
00:16sedang disiasat polis tempatan.
00:18Faktor El Nino, kekeringan juga merupakan pemicu awal kebakaran hutan dan lahan di Kalimantan.
00:26Dan selain daripada penyebab alam ini juga ada dugaan adanya faktor kesengajaan dari pembukaan lahan.
00:39Sampai saat ini data dari kepolisian Porda Kalimantan Selatan telah mengusut sedikitnya ada 23 kasus karhutlah yang melibatkan adanya dugaan
00:51kesengajaan dari korporasi.
00:53Tambahnya, 11 lagi kes disyaki membabitkan individu yang melakukan pembakaran bagi tujuan pembukaan tanah dan perladangan.
01:01Bagaimana Fonfadli tidak memperincikan identiti syarikat yang disyaki terlibat termasuk sama ada ia merupakan entiti tempatan atau antarabangsa.
01:09Data pihak berkuasa tempatan menunjukkan kira-kira 70,000 hektar tanah terbakar di Kalimantan Selatan dalam tempoh 3 bulan lalu.
01:18Di Kalimantan Tengah pula, jerebu tembal menyelubungi palangka raya sehingga langit dilaporkan bertukar kekuningan selama beberapa hari.
01:27Krisis itu turut menjejaskan sektor pendidikan apabila sebahagian sekolah terpaksa melaksanakan pembelajaran jarak jauh.
01:34Menurut Fadli, siasatan terhadap 23 kes berkenaan masih diteruskan bagi mengenalpasti pihak bertanggungjawab dan kemungkinan unsur kesengajaan.
01:43Terima kasih.

Recommended