00:00Polis Republik Indonesia Polri mengerahkan anggota unit khasnya, Kops Brigade Mobil atau BRIMOP dari beberapa wilayah bagi membantu memadam kebakaran
00:08hutan dan tanah di kawasan yang memerlukan tindakan segera.
00:12Memetik kompas, Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polri, Inspektor General Johnny Edison Aisir berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha polis
00:22memperkukuh sokongan operasi.
00:23Beliau pada Sabtu berkata, selain pengerahan anggota, peralatan sokongan daripada pelbagai unit dari serata wilayah bagi membantu menangani kebakaran hutan
00:32dan tanah mengikut keperluan di lapangan, turut digunakan.
00:36Terbaru, Satuan Brigade Mobil, Sat BRIMOP, Polis Daerah Lampung menghantar enam anggota bersama dua buah kenderaan meriam air berperisai atau
00:44AWC bagi membantu memadam kebakaran hutan dan tanah di Sumatera Selatan pada Sabtu.
00:50Selain Lampung, Polis Daerah Nusa Tenggara Barat pada Jumaat turut menghantar 200 anggota BRIMOP.
00:56Johnny berharap penambahan anggota dan peralatan dapat mempercepat usaha pemadaman serta meningkatkan kesiapsiagaan petugas dalam menghadapi kebakaran.
01:05Selain mengerahkan anggota dan peralatan, Polri turut mengingatkan masyarakat supaya tidak membuka tanah dengan cara membakar.
01:12Polri antara lain menegaskan kepentingan penglibatan masyarakat dan penyelarasan antara agensi bagi mengesan risiko kebakaran pada peringkat awal.