Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Naib Presiden Palestin Hussein Al Sheikh mengecam pembukaan Kedutaan Colombia di Baitulmaqdis dan menyifatkannya sebagai tindakan yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa. Colombia menjadi negara ke-10 membuka kedutaan di bandar suci itu selepas memulihkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Palestine mengecam keputusan Colombia membuka kedutaannya di Baitul Magdis dengan menyifatkan tindakan itu bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.
00:09Naik Presiden Palestine Hussein Al-Sheikh berkata, langkah tersebut mengabaikan status undang-undang dan sejarah bandar suci berkenaan.
00:18Colombia secara rasmi membuka kedutaannya di Baitul Magdis, menjadikannya negara ke-10 yang mengambil langkah tersebut.
00:26Keputusan itu dibuat di bawah pentadbiran Presiden Baharu Colombia, Abelardo de la Espriella, yang turut bertindak memulihkan perjanjian perdagangan bebas
00:34dengan Israel.
00:36Langkah itu sekaligus tidak selari dengan dasar pentadbiran terdahulu di bawah bekas Presiden Gustavo Petro yang memutuskan hubungan diplomatik bersama
00:45Israel pada Mei 2024, susulan konflik di Gaza.
00:49Menteri Luar Israel, Jidion Shah menyifatkan pembukaan kedutaan berkenaan sebagai satu kejayaan diplomatik penting bagi negara itu.
00:57Beliau turut memuji peningkatan jumlah negara yang membuka kedutaan mereka di Baitul Magdis sejak dua tahun kebelakangan ini.
01:05Sementara itu, Menteri Luar Colombia, Omar Bula Escobar berkata, pembukaan kedutaan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha memulihkan hubungan diplomatik antara
01:14Bogota dan Tel Aviv yang sebelum ini terjejas.
01:19Kebanyakan negara masih menempatkan kedutaan mereka di Tel Aviv selaras dengan pendidikan antarabangsa yang menganggap status muktamad Baitul Magdis perlu
01:27ditentukan menerusi rundingan damai antara Israel dan Palestine.
01:31Israel menganggap Baitul Magdis sebagai ibu negaranya, manakala Palestine menuntut Baitul Magdis Timur sebagai ibu negara bagi sebuah negara Palestine
01:40yang merdeka pada masa hadapan.

Recommended