00:00Presiden Meksiko Claudia Sheinbaum menandatangani dekri yang mewajibkan platform digital melindungi kanak-kanak dan remaja daripada kandungan berunsur keganasan, seksual
00:10dan bahan berbahaya lain.
00:12Peraturan itu meliputi platform media sosial dan perkhidmatan pensuriman sekaligus meningkatkan pengawasan terhadap syarikat teknologi besar di negara berkenaan.
00:21Platform digital diberikan tempoh sebulan untuk mematuhi dekri tersebut.
00:26Sheinbaum berkata sekiranya syarikat gagal mematuhinya, kerajaan akan menyokong rang undang-undang bagi mengenakan hukuman terhadap platform terbabit.
00:34Pegawai kerajaan sudah mengadakan pertemuan dengan wakil Meta, Microsoft, Apple, TikTok, Google dan Huawei untuk membincangkan perkara itu.
00:43Langkah tersebut diambil selepas serangan oleh dua bekas pelajar berusia 18 tahun di sebuah sekolah menengah di Kohulia pada awal
00:50Oktober mengorbankan seorang dan mencederakan tiga yang lain.
00:54Tindakan Meksiko itu menyusuli usaha global untuk meningkatkan perlindungan kanak-kanak di alam maya termasuk penguatkuasaan kawal selia lebih ketat
01:03di Eropah dan Australia.