Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Projek tersebut dijangka mampu menjana sehingga 4,053 peluang pekerjaan, dengan 3,523 daripadanya merupakan pekerjaan berkemahiran tinggi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pasukan petugas pusat data DCTF meluluskan 27 projek pusat data dengan anggaran nilai pelaburan 225.97 bilion ringgit dari Februari
00:102025 hingga Julai 2026.
00:13Projek tersebut dijangka mampu menjana sehingga 4,053 peluang pekerjaan.
00:19Daripada jumlah itu, 3,523 merupakan pekerjaan berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan elektrik dan mekanikal, rangkaian keselamatan cyber serta operasi
00:30penyelenggaraan pusat data.
00:32Kerajaan menjangkakan 89.2% daripada pekerjaan berkemahiran tinggi berkenaan akan diisi oleh rakyat Malaysia sekaligus membuka ruang kepada tenaga
00:42kerja tempatan untuk menyertai industri digital bernilai tinggi.
00:45Hanya satu pusat data daripada 27 projek yang diluluskan itu telah mula beroperasi menekala selebihnya masih dalam pembinaan.
00:54Johor menyaksikan jumlah projek tertinggi di bawah DCTF dengan 16 pusat data diikuti selangor sebanyak 10 projek dan negeri 9
01:02dengan 1 projek.
01:03Dalam sesi Parlimen pada Khamis, Kementerian Digital berkata kesemua projek tersebut tertakluk kepada syarat minimum 30% kandungan tempatan bagi
01:12memastikan ia memberi manfaat kepada syarikat tempatan.
01:15Pelaksanaan syarat itu dipantau oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA, melalui laporan pelaksanaan projek pusat data yang dikeluarkan setiap 6
01:24bulan.
01:25Kementerian itu menambah, Talent Corporation Malaysia, Talent Corp, juga sedang merangka program pengurusan kemudahan pusat data bagi melatih perserta tempatan
01:34dalam kemahiran operasi dan penjelenggaraan pusat data bagi memperkukuhkan pembangunan bakat tempatan dan pemindahan teknologi.
01:42Pengendali pusat data turut digalakkan memperluas kerjasama dengan institusi pendidikan dan latihan melalui program latihan industri serta pembangunan pembekal tempatan.

Recommended