00:00Tentera Yaman mendakwa lebih 200 pejuang huti terbunuh atau cedera dalam pertempuran sengit di wilayah Taiz di barat daya negara
00:07itu.
00:08Menurut kenyataan paksi ketenteraan Taiz, pertempuran berlansung sepanjang Rabu di beberapa garisan hadapan termasuk di Dubab, Al-Akrut dan juga
00:18Al-Shaqab.
00:20Tentera Yaman berkata pertempuran yang bermula pada waktu pagi menjadi semakin sengit menjelang petang.
00:25Dalam masa sama, pesawat tentera turut dilaporkan menyasarkan konvoi kereta kebal dan kenderaan-ketenteraan milik huti di kawasan Ras Al
00:33-Najj, daerah Al-Misrak.
00:35Serangan udara turut dilancarkan ke atas kedudukan huti berhampiran Bukit Sofitel di timur bandar Taiz.
00:42Menurut tentera Yaman, operasi itu menyaksikan sebuah kenderaan-ketenteraan dimusnahkan, dua kereta kebal rosak, sebuah drone ditembak jatuh dan satu
00:50konvoi bersenjata dimusnahkan.
00:52Bagaimanapun, dawaan berkenaan belum dapat disahkan secara bebas dan setakat ini, tiada sebarang komen daripada pihak huti.
00:59Pertempuran itu berlaku ketika kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa terus melaksanakan operasi dinamakan Fajar Yaman
01:06bagi merampas mula kawasan yang dikuasai huti termasuk ibu negara sana'ah.
01:11Terima kasih kerana menonton!