00:00Kementerian Pendidikan Malaysia KPM kembali menggunakan ketetapan dalam pelan tindakan jerebu kebangsaan PTJK selepas mengambil kira pandangan agensi berkaitan termasuk
00:10NADMA.
00:11Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq berkata tindakan berkaitan operasi sekolah ditentukan berdasarkan tahap bacaan indeks pencemaran udara IPU dengan mengambil kira
00:20aspek kesihatan murid dan kelangsungan pembelajaran.
00:24Menurut Fadlina, mengikut ketetapan berkenaan, semua aktiviti luar bilik darjah dihentikan apabila bacaan IPU melebihi 100, manakala sekolah ditutup serta
00:36-merta apabila bacaan melebihi 200.
00:39Katanya KPM turut mengambil kira pandangan agensi berkaitan mengikut bidang kepakaran masing-masing termasuk Kementerian Kesehatan KKM dalam aspek kesihatan
00:47dan Jabatan Alam Sekitar JAS berkaitan keadaan kualiti udara.
00:52Beliau turut menjelaskan ibu bapa atau penjaga yang bimbang keadaan jerebu boleh menjejaskan kesihatan anak dibenarkan untuk tidak menghantar mereka
01:00ke sekolah dengan syarat memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah.
01:05Sementara itu, KPM menerusi perkongsian hantaran dalam laman sosial Facebook turut memaklumkan sesi persekolahan di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur,
01:13Melaka, Putrajaya, Pulau Pinang, Perak dan Pahang beroperasi seperti biasa.