00:00Peningkatan penggunaan kecerdasan buatan AI perlu disertai ukuran jelas terhadap manfaat ekonomi, khususnya dalam meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan kos
00:11operasi perniagaan.
00:13Presiden Persatuan Pengguna Cyber Malaysia, MCCA, Mohd Sirajuddin Jalil berpandangan, kerajaan perlu memperkenalkan petunjuk khusus bagi menilai keberkesanan penggunaan AI.
00:23Memandangkan impaknya terhadap pendapatan dan penjimatan kos masih belum dapat dikenalpasti secara menyeluruh.
00:31Kita nak tengok bagaimana kerajaan mengukur dan meletakkan satu indeks ataupun satu angka yang lebih konkret dan dapat disampaikan kepada
00:41masyarakat bahawa teknologi itu dapat mempertingkatkan pendapatan dan mengurangkan kos.
00:47Mengurangkan ekspenditure, bukan ekspenditure, mengurangkan bebanan rakyat.
00:53So, kalau itu tidak berjaya dizahirkan, kita tak nak akhirnya rakyat rasa dengan tambah teknologi, tambah liabiliti.
01:02Menurutnya, pelepasan cukai bagi langganan AI menerusi belanjawan 2027 merupakan langkah positif untuk menggalakkan penggunaan teknologi.
01:11Namun, insentif itu perlu disusuli penilaian terhadap peningkatan produktiviti, pendapatan dan penjimatan kos yang benar-benar dinikmati pengguna serta perniagaan.
01:20Beliau menegaskan teknologi sepatutnya meringankan beban kewangan bukan menjadi satu lagi kos tambahan kepada rakyat.