00:00Bertemu kembali, peningkatan peruntukan persekutuan untuk Sabah kepada RM18.7 bilion
00:05menerusi belanjawan 2027 akan memperkukuh usaha menangani isu asas rakyat
00:11khususnya bekalan air, elektrik dan jaringan jalan raya di negeri itu.
00:15Kata Ketua Menterinya, Datuk Seri Haji J. Nur, peruntukan itu meningkat berbanding RM17.6 bilion tahun ini
00:21sekaligus menyediakan sokongan kewangan yang kukuh bagi meneruskan agenda pembangunan negeri
00:26dan menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
00:30Beliau berkata belanjawan 2027 yang dibentarkan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Ibrahim pada 9 Oktober lepas
00:36turut menyediakan RM3.3 bilion bagi perbangunan jalan raya di Sabah dan Sarawak
00:41selain RM350 juta untuk penyelenggaraan jalan persekutuan.
00:45Jelasnya, kerajaan negeri sedang meneliti keperluan semasa rakyat, kemampuan kewangan negeri
00:50serta kesinampungan perbangunan di bawah halatuju Sabah Maju Jaya 2.0
00:54bagi tempoh 2026 hingga 2030 untuk memastikan belanjawan negeri memberi penekanan kepada aspek
01:00asas pendidikan, perumahan, kebajikan dan ekonomi rakyat.
01:04Haji Ji berkata, pelaksanaan agenda perbangunan negeri turut disokong gedudukan hasil Sabah
01:09yang kekal tinggi dengan kutipan RM6.96 bilion pada 2022, RM6.97 bilion pada 2023,
01:17RM6.87 bilion pada 2024 dan RM6.76 bilion pada 2025.
01:24Beliau berkata pencapaian itu jauh lebih baik berbanding kutipan sekitar RM4 bilion pada 2019
01:30sekaligus mencerminkan kedudukan fiskal negeri yang kukuh untuk memperluas bantuan
01:35dan melaksanakan lebih banyak inisiatif bagi manfaat rakyat.
01:38Dalam pada itu, Haji Ji berkata, kerajaan negeri merangka perancangan jangka panjang
01:42untuk menjadikan kudat sebagai hub ekonomi biru serantau dengan memanfaatkan kekayaan sumber marin
01:48serta kedudukannya yang strategik berhampiran pasaran antarabangsa seperti China, Korea Selatan, Jepun dan Filipina.