Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Keluarga kepada 54 rakyat Malaysia yang masih hilang susulan bencana banjir Nepal-Tibet pada 26 Ogos lalu, menggesa kerajaan mengambil tindakan segera bagi menangani isu kebajikan, perundangan dan kewangan yang dihadapi mereka.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Keluarga kepada 54 rakyat Malaysia yang masih hilang, susulan bencana banjir Nepal-Tibet pada 26 Ogos lalu menggesa kerajaan mengambil
00:10tindakan segera bagi menangani isu kebajikan, perundangan dan kewangan yang dihadapi mereka.
00:16Pesaan itu disuarakan Malaysia Solidarity Families in Hope, Maf Fih, dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di
00:26Parlimen pada Selasa.
00:29Dalam pertemuan itu, Maf Fih turut menyerahkan cadangan setebal 29 halaman yang menggariskan sembilan keutamaan tindakan kerajaan.
00:37Menurut Maf Fih, Perdana Menteri memaklumkan beliau telah menghubungi rakan sejawatnya bagi mempercepatkan proses perundangan berkaitan individu hilang selain meminta
00:46Jabatan Peguam Negara Malaysia berhubung dengan kerajaan negara itu.
00:50Dua cadangan dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini iaitu pelantikan penyelaras kebangsaan dan bantuan kewangan kemanusiaan sekali
00:59bayar kepada semua 54 keluarga terjejas.
01:02Bagaimanapun, keduanya masih tertakluk kepada keputusan kerajaan.
01:06Tujuh lagi keutamaan termasuk pengesahan rasmi status individu hilang, bantuan perundangan, pelindungan aset dan pelepasan komitmen kewangan selain misi diplomatik
01:16ke Nepal dan wilayah autonomi Tibet, China bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai mangsa.
01:21Maf Fih menegaskan, usaha mendapatkan dokumen rasmi bukan bermakna keluarga berputus asa terhadap nasib orang tersayang.
01:28Sebaliknya, berharap kerajaan dapat menyelaras bantuan dan tidakkan susulan bagi memastikan kebajikan semua keluarga terjejas terus terbelak.
01:36Terima kasih telah menonton!

Recommended