Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Perdana Menteri Perancis Sebastien Lecornu pada Selasa berkata pihak berkuasa mungkin mengenakan lebih banyak perintah berkurung di kawasan tertentu susulan insiden keganasan yang berlaku ketika protes membantah kos sara hidup yang tinggi pada hujung minggu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Perancis Sebastian Reconiu pada selasa berkata, pihak berkuasa mungkin menggunakan lebih banyak perintah berkurung di kawasan tertentu.
00:08Susulan insiden keganasan yang berlaku ketika protes membantah kos sari hidup yang tinggi pada hujung minggu.
00:15Dalam satu kenyataan menerusi platform media sosial X, beliau berkata perintah berkurung bersasar membantu meredakan keadaan sepanjang malam.
00:27Tambahnya, sekatan lanjut mungkin diumumkan pada selasa malam di kawasan yang keadaan keselamatannya memerlukan langkah itu.
00:35Beliau berkata keputusan itu akan dibuat di peringkat tempatan oleh pegawai kanan pentadbiran wilayah dengan penyelarasan Datuk Bandar.
00:42Perintah berkurung separa bermula berkuat kuasa pada ismin malam di beberapa kawasan termasuk Paris dan Lyon.
00:48Sumber polis melaporkan keadaan secara umumnya tenang sepanjang malam walaupun beberapa insiden berlaku ketika demonstrasi dimatini.
00:58Menteri Kehakiman Gerald Demand berkata, seramai 2,513 orang ditahan, 67 dipenjarakan dan puluhan siasatan kehakiman dibuka susulan kekacauan pada
01:10hujung minggu.
01:10Menteri Ekonomi Roland Lesko berkata, langkah bantuan akan diumumkan bagi membantu peniaga dan pengusaha kraft yang terjejas supaya mereka dapat
01:20menyambung semula operasi dengan segera.
01:22Sebuah kumpulan penyelaras Ves Kuning menyeru orang ramai menyertai satu lagi demonstrasi pada Sabtu 24 Oktober.

Recommended