00:00Kerajaan Sabah memperkenalkan sistem bon 10% daripada nilai ternakan di bawah program transformasi ruminan negeri bagi memastikan penternak tidak
00:10menjual indut lembu dan kambing terlalu awal sekaligus meningkatkan populasi ternakan di negeri ini.
00:16Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar berkata, menerusi sistem baru itu, penternak perlu membayar bon berdasarkan
00:25nilai ternakan yang diterima dan akan dikembalikan selepas tempoh 3 tahun sekiranya penternak mematuhi syarat program.
00:35Program ini kita akan membuat ataupun memperkenalkan sistem bon maksudnya mereka siapa-siapa penternak yang telah pun berjaya dan berdaftar
00:45yang akan diagikan mereka akan membayar bon 10% daripada nilai lembu ataupun kambing.
00:54Kambing nilainya 1,600 maksudnya bon 1 ekor 160 ringgit selama lebih kurang 3 tahun. Lumbu kita bernilai 16,000
01:03ringgit, bon dia 1,610% selama lebih kurang 3 tahun.
01:08Menurut beliau, inisiatif itu turut membuka peluang kepada penternak sediada dan pekebun kelapa sawit menjana pendapatan tambahan melalui integrasi ternakan
01:18dalam kawasan perladangan sawit.
01:20Beliau berkata demikian ketika menerima ketibaan 950 ekor kambing dari Sydney, Australia bernilai kira-kira 1.6 juta ringgit serta
01:31140 ekor lembu tenusu.
01:34Baka Jersey Frisian di MAS Cargo, lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu, KKIA pada selasa.
01:42Kesemua ternakan akan menjalani kuarantin di Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Penampang.
01:47sebelum diagihkan kepada penerima tertakluk kepada Pematuhan Piawaian Kuarantin.