00:00Mahkamah Tinggi pada Rabu membenarkan permohonan Peguam Negara untuk menangguhkan proseding semakan kehakiman yang difailkan Badan Peguam berhubung keputusan menghentikan
00:10kes rasuah Yayasan Akal Budi melibatkan timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
00:16Peguam yang mewakili Ahmad Zahid, Datuk Gok Nek Siong berkata, keputusan dibuat Hakim, Datuk Azizan Mat Arsyad dalam proseding yang
00:24dijalankan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan diputuskan.
00:32Menurut beliau, Mahkamah mengambil kira perkembangan terkini selepas Mahkamah Persekutuan pada 8 Oktober lalu membenarkan Ahmad Zahid dan Peguam Negara
00:40merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kebenaran kepada Badan Peguam memulakan semakan kehakiman.
00:46Katanya, tarikh pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan masih belum ditetapkan memandangkan notis rayuan baru difailkan pada 19 Oktober.
00:55Pada 8 Oktober lalu, Panel 3 Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kes berkenaan membabitkan isu perlembagaan baru yang mempunyai kepentingan
01:04awam dan memerlukan penjelasan serta keputusan muktamad daripada Mahkamah Tertinggi Negara.
01:09Pada 7 Mei lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan Badan Peguam mengulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara pada September 2023
01:18yang menghentikan proseding terhadap Ahmad Zahid dalam kes rasuah Yayasan Akal Budi.