00:00Malaysia perlu memperkukuh pembangunan kepakaran tempatan dalam industri semikonduktor bagi memastikan negara mampu mengekalkan tenaga mahir dan bersaing dengan negara
00:09lain yang menawarkan gaji lebih tinggi.
00:11Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perbezaan gaji antara Malaysia dengan negara seperti Singapura, Korea
00:19Selatan dan Taiwan menjadi antara faktor yang perlu dipertimbangkan dalam usaha mengekalkan bakat tempatan.
00:28Jadi sebenarnya soal gaji dalam konteks negara kita memanglah kalau tanya saya memanglah gaji kita itu kalau dari segi benda
00:36-benda yang macam ini ada pengalaman ini dia rasa macam cost of living kita punya standard of living kat Malaysia
00:43ini dengan kalau compare dia dapat offer pergi kerja dekat UK ataupun di Singapura ataupun di Korea atau di Taiwan.
00:50Sudah tentu dia punya gaji itu akan mungkin 2-3 ganda tetapi cost of living dia dekat situ juga akan
00:58meningkat.
00:59Jadi dari segi konteks ini saya tidak boleh menjawab yang berhormat punya.
01:04Jadi di mana kerana dia bergantung kepada kesesuaian sesuatu aktiviti semikonduktor yang kita buat.
01:10Johari berkata keperluan tenaga mahir dalam industri semikonduktor turut bergantung kepada bidang kepakaran dan pengalaman termasuk reka bentuk litar bersepadu,
01:21penyelidikan dan pembangunan serta fabrikasi wafel.
01:24Tambahnya syarikat semikonduktor yang beroperasi di Malaysia termasuk syarikat asing memerlukan tenaga mahir yang dilahirkan oleh sistem pendidikan dan latihan
01:34tempatan.
01:35Sehubungan dengan itu, usaha memperkukuh industri semikonduktor negara perlu mengambil kira keperluan tenaga mahir serta perbezaan ganjaran yang ditawarkan di
01:45pasaran antarabangsa.