00:00Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama keselamatan dengan ASEAN dan rakan Dialog
00:05bagi menangani ancaman jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks
00:09termasuk jenayah saiber, penipuan dalam talian dan penyeludupan dadah.
00:14Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata
00:17kerjasama itu memerlukan tindakan penguatkuasaan lebih berkesan
00:21berrentas sempadan dan disokong perkongsian maklumat,
00:24kerjasama operasi serta pembangunan kapasiti.
00:29Beliau mengetuai delegasi Malaysia dalam empat sesi konsultasi
00:33mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai jenayah rentas sempadan AMMTC
00:38bersama dengan rakan Dialog Sempena AMMTC ke-20 di Makati, Filipina.
00:45Empat sesi itu ialah konsultasi AMMTC plus 3 ke-16,
00:50AMMTC plus Cina ke-13,
00:53AMMTC plus Jepun ke-11
00:55dan AMMTC plus Republik Korea ke-7.
00:59Dalam konsultasi AMMTC plus Cina ke-13,
01:03Saifuddin Nasution turut diberikan tanggungjawab
01:05sebagai pengurusi bersama dengan penolong
01:08Menteri Keselamatan Awam Republik Rakyat Cina.
01:11Peranan ini menjadi satu lagi ruang penting bagi Malaysia
01:15untuk memperkukuh kerjasama antara ASEAN dengan Cina,
01:18khususnya dalam menangani cabaran keselamatan
01:20dan jenayah rentas sempadan.
01:22Saifuddin Nasution berkata perbincangan dalam semua sesi konsultasi
01:27memberikan tumpuan kepada perkembangan ancaman jenayah rentas sempadan
01:30dan usaha mempertingkatkan keupayaan penguatkuasaan
01:34menerusi kerjasama yang lebih erat.
01:37Antara ancaman yang diberi perhatian ialah jenayah saiber,
01:41penipuan dalam talian, penyeludupan dadah dan jenayah terancang
01:45yang semakin kompleks serta memerlukan tindak balas yang turut
01:48merentas sempadan.
01:50Justru beliau berkata hubungan erat antara ASEAN dengan rakan dialog
01:54perlu diterjemahkan kepada kerjasama penguatkuasaan yang lebih berkesan.