00:00Sekumpulan Ahli Parti Wawasan Negara berhimpun di Mahkamah Tigi Kuala Lumpur
00:05sebagai tanda solidariti sebelum pendengaran permohonan Perikatan Nasional
00:10mencabar Notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau JPPM
00:14yang menggantung semua aktiviti gabungan itu.
00:17Kira-kira 50 penyokong bersama beberapa pemimpin parti itu,
00:22termasuk dari sayap pemuda, dilihat mula berkumpul seawal 8 pagi
00:26sementara menunggu proseding yang dijadualkan bermula 11 pagi ini
00:30dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Azizan Arsyad.
00:33Exko Pemuda Wawasan Syafiq Abdul Halim berkata,
00:37mereka turut menuntut penjelasan telus mengenai asas pembatalan perdaftaran PN
00:41sambil membangkitkan kebibangan terhadap kemungkinan usaha menyekat perkembangan gabungan itu.
00:47Pengurusi Wawasan Selangor Suhaimi Mohd Ghazali pula menifatkan
00:51tidakkan JPPM sebagai tidak adil dan boleh menjejaskan persiapan PN menghadapi PRN Melaka.
00:59Exko Undang-Undang dan Perlembagaan Pemuda Wawasan, Siddiq Azani,
01:02berharap Mahkamah membenarkan penangguhan keputusan itu
01:05supaya PN dapat menggunakan logonya pada PRN 14 November ini.
01:10Selasa lalu JPPM membatalkan perdaftaran PN selepas mendapati penjelasan gabungan itu,
01:17gagal menyangkal alasan pembatalan yang dikemukakan.
01:20Pembatalan itu bermakna PN tidak boleh menggunakan logonya pada PRN Melaka
01:25walaupun parti komponennya masih boleh bertanding menggunakan lambang masing-masing.
01:31Azurin Zainal, FMT