Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Perdana Menteri berkata tumpuan negara seharusnya terarah kepada teknologi dan inovasi, bukannya perdebatan berulang yang tidak membantu persediaan Malaysia menghadapi cabaran masa depan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perbahasan di Parlimen yang masih berkisah mengenai persoalan siapa Islam, siapa tidak Islam
00:08dan siapa munafik sebagai terikat dengan kerangka pemikiran jumut, lapuk dan kolot.
00:15Beliau berkata ketika negara perlu memberi tumpuan kepada penguasaan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan AI, perbahasan di Parlimen dilihat masih
00:24tidak menjurus kepada pemikiran masa depan.
00:30Sebab itu saya lihat dalam kerangka kita baru-baru ini, kita tumpu sebagai fokus itu sebagai industri yang betul kita
00:39menggapai di langit, mengakar di bumi.
00:44Menggapai di langit ini kerana AI, super AI, super komputer. Ini semua bidang-bidang bahu, di angkasa raya, di langit.
01:00Kerana tanpa penguasaan ini kita akan keter belakang. Dan ini permasalahan besar bagi negara kita.
01:06Kalau lihat umpamanya perdebatan di Parlimen sekarang, dia bukan menggapai di langit.
01:13Tak ada langsung.
01:15Perbincangan itu siapa Islam, siapa tak Islam, siapa munafik, siapa tidak.
01:20Masih lagi terikat dengan kerangka pemikiran jumut, lapuk dan kolot.
01:27Dan kalau negara ini mahu dibangunkan, mesti ada kesediaan generasi baru dan pihak industri untuk memikir ke depan.
01:37Industri mesti ditingkatkan keupayaan dan dimodernkan.
01:44Dia tidak boleh umpamanya nak angkat martabat ekonomi dengan pendekatan lama yang lapuk.
01:51sebab itu kita sebut menggapai di langit.
01:54Tetapi kita Malaysia
01:58dengan pelbagai kaum, pelbagai agama, pelbagai sentimen, pelbagai wilayah
02:07kita harus berakar ke Bobi.

Recommended