00:00Tuan Yang Dipertua, apabila kita membicarakan perubahan undang-undang, kita tidak boleh hanya melihat daripada struktur institusi dan prinsip perundangan
00:09bersifat abstrak.
00:10Kita juga mesti bertanya, apakah maknanya undang-undang kepada satu rakyat biasa yang sedang berhadapan dengan kesukaran hidup?
00:17Apakah maknanya satu undang-undang kepada peniaga kecil yang peniagaannya gagal?
00:22Seorang ibu bapa tunggal yang menanggung beban hutan sehingga menjadi seorang bankrupt.
00:28Dalam konteks inilah, saya ingin menjawab persoalan yang berhormat maran berhubung dengan cadangan kenaikan nilai ambang kebankrapkan daripada RM100,000
00:36pada RM150,000.
00:38Langkah ini bertujuan mengurangkan risiko kebankrapan dan memberikan ruang kepada penghutang untuk menyusun semula kewangan mereka.
00:45Pada masa yang sama, kerajaan turut memperkukuh usaha memulihkan melalui dasar peluang kedua yang telah setakat ini merekodkan sebanyak 253,
00:54457 kes pelepasan kebankrapan bagi tempoh 2023, tahun 2023 hingga September 2026.
01:02Usaha ini diteruskan melalui program pelepasan Fast Track 2026 yang memberikan keutamaan kepada golongan tertentu termasuk ibu atau bapa tunggal,
01:11pemijam perusahaan mikro, kecil, sederhana, mangsa penipuan serta pembeli rumah, projek terbengkalai.
01:18Malah melalui penjitilan perkhidmatan MDI ini, penurusan portal e-insolvensi permohonan pelepasan kebankrapan kini boleh dibuat secara dalam talian dengan
01:29fasa proses Fast Track yang layak diselesaikan dalam tempoh 36 hari tertakluk pada syarat dan ketiadaan bantahan daripada penghutang.
01:38Bagi tahun 2027, atas ucapan belanjawan, kerajaan melalui MDI merancang untuk mempercepatkan bagi proses pelepasan kebankrapan berbanding dengan tahun 2026.
01:50InsyaAllah harapan kurang daripada 36 hari perlu menjadi target untuk tahun 2027.
01:56Ini termasuk memindikkan tempoh prosesan seperti yang saya sebut tadi dan menentukan bahawa kategori-kategori yang telah dinyatakan dalam ucapan
02:07belanjawan itu menjadi priority kepada bahagian insolvensi, jabatan insolvensi
02:13supaya ia meluaskan perkhidmatan penjitilan menjadi cabang utama untuk mengkukuhkan mekanisme pemulihan kewangan bagi membantu lebih ramai lagi individu yang
02:23layak mendapat peluang kedua.
02:26Terima kasih.