00:00DRB, HICOM dan GILI telah mementerai kerjasama strategik pada tahun 2017
00:07yang pada awalnya memberi tumpuan kepada pemulihan dan pembangunan semula proton.
00:13Selepas itu, kerjasama itu diperluaskan kepada pembangunan
00:18Automotive Hightech Valley atau dipanggil AHTV di Tanjung Malim.
00:25AHTV telah dilancarkan secara rasmi oleh kerajaan pada 12 April 2022
00:34sebagai inisiatif strategik untuk menjadikan Tanjung Malim sebagai hub otomotif berteknologi tinggi dan serantau.
00:43Fungsi utama penubuhan AHTV adalah untuk memperkukuh pembangunan industri otomotif
00:49tempatan secara menyeluruh melangkaui aktiviti pemasangan kenderaan semata-mata.
00:54Ia termasuk menarik pelaburan berkualiti, membangunkan ekosistem industri dan rantaian bekalan tempatan yang bersepadu,
01:02meningkatkan keupayaan teknologi serta keupayaan pembekal tempatan,
01:07mengurangkan kebergantungan kepada komponen import dan memperluas peluang ekspor,
01:13khususnya bagi komponen serta sistem otomotif berteknologi tinggi.
01:17Berdasarkan perancangan semasa, jumlah keseluruhan pelaburan berkaitan dengan pembangunan ekosistem AHTV
01:26dianggarkan berjumlah RM30 bilion sehingga tahun 2035.
01:33Jumlah ini merangkumi pelaburan yang telah dilaksanakan, pelaburan semasa dan pembangunan yang dirancang pada masa depan.
01:41Oleh itu, jumlah tersebut perlu dilihat sebagai anggaran keseluruhan pembangunan AHTV
01:48dan bukannya jumlah pelaburan yang telah direalisasikan sepenuhnya.
01:54Bagi tempoh 2018-2026, jumlah pelaburan yang telah direalisasikan adalah sebanyak RM7 bilion,
02:02iaitu 23.3% daripada jumlah pembangunan AHTV secara keseluruhan, termasuk daripada GILI.
02:12Antaranya, antara pencapaian utama yang telah dimeterilasikan sepenuhnya
02:17ialah penaik taraf kemudahan pembuatan proton di Tanjung Malim,
02:22termasuk pengembangan kapasiti dan keupayaan pengeluaran yang merangkumi model metal stamping, painting,
02:33main body assembly, body sub-assembly dan pemasangan trim and final
02:39serta pengeluaran enjin transmisi terbaru yang berteknologi baharu.
02:45Bagi tempoh 2025-2026, pembangunan dan penaik tarahan kemudahan industri turut merangkumi kilang pengeluaran kenderaan EV,
02:56peningkatan keupayaan pengeluaran enjin, kemudahan metal stamping pusat logistik dan gudang baru
03:02serta makmau ujian penyelidikan dan pembangunan R&D.
03:07Pembangunan ini berpotensi memperkukuh keupayaan kepengeluaran, inovasi dan pemindahan teknologi
03:15di samping menyediakan asas bagi pengembangan rantai bekalan otomotif tempatan.
03:22Didorong oleh kepesatan pelaburan dan pembangunan infrastruktur,
03:27AHTV merekodkan pertumbuhan pesat dalam penawaran perluang pekerjaan,
03:32jumlah tenaga kerja yang bermula dengan sekitar 2,000 orang pada tahun 2018
03:39telah berkembang pesat kepada 9,300 orang pada tahun 2026
03:45dan diunjurkan mencapai 22,800 orang pekerja menjelang tahun 2030.
03:54Tuan dan Tuan, dalam jangka panjang, kejayaan AHTV bukan sahaja diukur berdasarkan jumlah pelaporan kapasiti pengeluaran kenderaan
04:04tetapi juga berdasarkan sumbangannya kepada pembangunan industri otomotif tempatan secara menyeluruh.
04:11Ini merangkumi peningkatan penyertaan dan keupayaan teknologi syarikat tempatan,
04:17pengukuhan rantaian bekalan domestik, pengurangan kebergantungan terhadap import komponen
04:23serta pembangunan produk komponen berteknologi tinggi yang berdaya sain untuk pasaran ekspor.
04:29Sobongan itu, pelaksanaan AHTV perlu terus memberi penekanan kepada pelaporan yang menghasilkan nilai tambah domestik,
04:37pembangunan vendor tempatan dan pengembangan ekspor bagi memastikan manfaat pelaporan dapat dirasai secara meluas oleh industri dan ekonomi negara.
04:46Terima kasih.
04:54Terima kasih.