Skip to playerSkip to main content
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil alih siasatan kes kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly ketika dalam tahanan polis, dengan satu seksyen di bawah Kanun Keseksaan dikenal pasti sebagai asas siasatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau baru menerima taklimat daripada polis berhubung kes berkenaan yang dibangkitkan baru-baru ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802177/berita/nasional/kes-kematian-noorizwan-jsj-ambil-alih-siasatan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #NoorizwanZulkefly

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, saya baru saja diberikan taklimat oleh pihak polis terhadap kes tersebut, walaupun kes baru dibangkitkan.
00:08Kes itu sekarang telah diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah.
00:13Sekarang, sekarang.
00:15Dan mereka telah kenal pasti satu seksyen di bawah kanun keseksaan untuk menjadi predikat dan juga halatuju siasatan.
00:26Saya boleh sebut jika ada perkembangan terhadap siasatan itu,
00:29saya sendiri akan hebatkan.
00:30Tapi, di pengkat di pihak kemencandaan negeri, pertama saya nak ulangi.
00:36Kita tidak pernah kompromi terhadap pelanggaran jika ada, sekalipun melibat pasokan pengatkuasa undang-undang.
00:43Itu jelas.
00:44Prinsip itu terpakai di kalangan orang yang kita rasa rasional cara fikirnya.
00:52Munasabah tahu meletakkan apa yang betul, apa yang salah.
00:55Kita akan guna pakai prinsip yang sama.
00:59Sekarang, saya nak sebut ianya telah pun diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah.
01:05Dan satu seksyen di bawah kanun keseksaan juga telah dikenal pasti untuk dijadikan sebagai basis siasatan.
01:12Menteri, boleh saya tanya?
01:13Itu saya boleh sebut bahawa bermaksud tidak ada sebarang usaha atau tindakan percubaan untuk menutup setelah, apabila kita mengambil alih
01:24seterusnya.
01:24Terima kasih.
01:25Saya tanya, perkara yang sama ya.

Recommended