00:00Hospital Tawau muncul sebagai hospital pertama di Sabah dan keempat di Malaysia menerima pengiktirafan antarabangsa Angels Region Award atas pencapaian
00:10dalam menyediakan perkhidmatan rawatan strok kepada pesakit.
00:14Pengiktirafan antarabangsa itu membuktikan komitmen Hospital Tawau dalam memperkukuh perkhidmatan rawatan strok menerusi kerjasama pengurusan hospital Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
00:26dan Pasukan Pakar Perubatan.
00:30Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Perubatan, Datuk Dr. Mohd Azman Yaakob berkata kejayaan itu wajar dijadikan dorongan kepada hospital daerah lain
00:38di Sabah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat.
00:42Yang pentingnya bukan award tetapi award sebagai satu pengiktirafan tapi yang penting adalah perkhidmatan yang kita berikan kepada masyarakat kita
00:51itu seharusnya perkhidmatan yang terbaik untuk membantu masyarakat-masyarakat di negeri Sabah ini.
00:56Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis penyampaian Angel Region Award di Hospital Tawau pada Kamis.
01:05Dr. Azman turut mendedahkan seramai 41 pesakit strok menerima rawatan menerusi rangkaian rawatan strok di Hospital Tawau setakat Oktober tahun
01:13ini berbanding 25 pesakit sepanjang tahun lalu.
01:17Majoriti pesakit yang menerima rawatan berkenaan dilaporkan berupaya kembali bekerja atau menjalani kehidupan seperti biasa.
01:25Bagaimanapun tahap pemulihan bergantung kepada jenis strok yang dialami dan kepantasan pesakit mendapatkan rawatan.
01:32Bagaimanapun tahap pemulihan