Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkukuh kesiapsiagaan kerajaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini hingga Mac tahun depan.
Transcript
00:00Seramai 101,901 pegawai dan anggota pelbagai agensi penyelamat serta lebih 40,000 aset dalam keadaan siap-siaga bagi menghadapi
00:10monsoon timur laut yang dijangka bermula akhir bulan ini dan berterusan hingga Mac tahun depan.
00:16Ketua Penolong Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA, Meja Waziruddin Mahfud berkata ia termasuk meningkatkan penyelarasan antara
00:27agensi, kesiap-siagaan aset dan anggota penyelamat serta persediaan pusat pemindahan.
00:35Katanya kesiap-siagaan membabitkan 47,100 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia Rela, 21,477 anggota polis diraja Malaysia, Jabatan Bomber dan
00:47Penyelamat Malaysia 15,145, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 12,927, serta Angkatan Tentera Malaysia 5,252.
00:59Kesiap-siagaan juga melibatkan penyelarasan antara agensi bagi memastikan operasi menyelamat, peminahan mangsa dan pengurusan bencana dapat dilaksanakan dengan cekap
01:09jika berlaku banjir atau bencana lain.
01:12Selain itu, beliau berkata agensi teknikal termasuk Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Pengairan dan Saliran JPS turut menyediakan aset sokongan
01:21termasuk 17 jentera berat, pump bergerak 575 dan set generator 30.
01:27Katanya berdasarkan maklumat dikongsikan JPS, terdapat 3,045 hotspot banjir dikenalpasti di seluruh negara dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu
01:38609 lokasi diikuti Pahang 572, Terengganu 460 dan Sabah 348.
01:46Data Jabatan Mineral dan Geosains pula menunjukkan sebanyak 31 hotspot tanah runtuh dikesan antaranya Gunung Jerai, Kedah, Tanjung Bungah, Pulau
01:56Pinang, Kundasang, Sabah dan Cameron Highlands, Pahang.
02:00Selain itu, Wazirudin berkata kerajaan menyediakan 8,321 pusat pemindahan sementara di seluruh negara dengan kapasiti hingga kira-kira 1
02:09.9 juta mangsa bencana,
02:12manakala dua pusat pemindahan kekal bencana di Johor dan Pahang boleh menempatkan 1,600 mangsa.

Recommended