00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pemberian peruntukkan kepada Ahli Parlimen Pembangkang tidak disyaratkan kepada sokongan terhadap kerajaan.
00:10Beliau berkata peruntukkan itu boleh disalurkan sebaik sahaja Belanjawan 2027 diluluskan Parlimen selaras dengan persefahaman yang dicapai antara kerajaan dan
00:21wakil rakyat terbabit.
00:24Dia tak ada syarat kepada mana-mana Ahli Parlimen Pembangkang, tak ada syarat.
00:30Sebelum itu yang disebutkan satu persefahaman, prinsipnya sama seperti yang saya lakukan selaku Ketua Pembangkang dengan kerajaan, masa itu kerajaannya
00:40UMNO, PAS, bersatu, bersama.
00:44Jadi bila mereka, kita bincang cadang untuk peruntukkan, itu yang dilakukan.
00:50Jadi tidak ada sesuatu yang janggar.
00:53Selama ini saya kata ada persefahaman dan kita luluskan.
00:59Walaupun masih diserang, seolah-olah kita menyekat tidak peruntukkan Parlimen berjalan seperti biasa.
01:07Kerajaan atau pembangkang.
01:09Peruntukkan melalui Ahli Parlimen itu mengikat kepada satu persefahaman
01:15seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan, perikatan nasional dan rakyat nasional semasa mereka berkuasa dan kita tanda tangani.
01:26Masa itu saya selaku Ketua Pembangkang dan Datuk Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
01:31Mengulas tafsiran persefahaman itu mungkin menjadi peringatan kepada komponen pembangkang supaya tidak menarik sokongan terhadap kerajaan.
01:39beliau berkata ia merupakan tafsiran politik yang tidak boleh dinafikan.
01:44Ini tafsiran politik itu tak boleh kita pertikai.
01:49Memang akan berlaku.
01:50Tetapi saya nak beritahu ini bukan sesuatu yang janggal.
01:54Persefahaman ini berlaku dalam banyak negara demokrasi.
01:57Tetapi dalam pengalaman di Malaysia, memang ada perundingan dahulu.
02:01Terima kasih kerana menonton!