Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Perancis mengerahkan 70,000 anggota keselamatan pada sambutan Halloween susulan kebimbangan perhimpunan ganas di beberapa bandar, ketika ketegangan berkaitan isu kos sara hidup dan protes buruh terus memuncak.
Transcript
00:00Perancis akan mengerahkan semula 70,000 anggota keselamatan pada Sabtu bagi mengawal ketentraman awam sesulan kebimbangan kemungkinan tercetusnya perhimpunan ganas
00:10di beberapa bandar termasuk ketika sambutan Halloween.
00:13Menurut Menteri Dalam Negeri Perancis, Lauren Younes, Sabtu ini dijangka menjadi hari berisiko tinggi dari segi keselamatan awam berikutan beberapa
00:21kumpulan radikal didakwa menggesa orang ramai menyertai perhimpunan ganas menerusi media sosial.
00:30Beliau berkata tindakan pasukan keselamatan akan dilaksanakan dengan amat tegas bagi menangani sebarang kekacauan.
00:36Menurut Nunes, risiko ketegangan dijangka meningkat khususnya pada malam Sabtu selepas demonstrasi yang lebih bersifat arus perdana berakhir.
00:44Beliau berkata beberapa seruan perhimpunan di jalan raya awam bermula jam 8 malam pada 31 Oktober telah dikeluarkan oleh gerakan
00:52buruh, kelompok kiri radikal serta beberapa laman web penyokong gerakan Yellow Vest.
00:57Kementerian Dalam Negeri sebelum ini memaklumkan kira-kira 410 ribu orang menyertai perahkan pada Sabtu lalu dengan 70 ribu anggota
01:06polis dikerahkan bagi memastikan keselamatan.
01:09Operasi itu membantu mengelakkan kejadian rusuhan, rompakan dan vandalism berulang seperti yang melanda beberapa bandar pada 17 Oktober lalu.
01:17Sementara itu, pemimpin kesatuan buruh dan pelajar menggesa supaya demonstrasi diteruskan pada 31 Oktober selain mogok di seluruh negara pada
01:255 November.
01:26Mereka mendakwa ketidakpuasan hati terhadap isu gaji, kos sari hidup dan perkhidmatan awam kini semakin meluas melangkaui gerakan pelajar yang
01:34mula menggerakkan protes bulan lalu.

Recommended