00:00Dato' Sri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Pengangkutan Anthony Lok segera menyelesaikan isu kesesakan perkhidmatan tren yang dikuatiri merencatkan rutin harian
00:08rakyat.
00:09Arahan dikeluarkan Perdana Menteri itu adalah maklum balas terhadap rungutan dikemukakan individu susulan situasi sesak di stesen tren di platform
00:18TRATS pada malam tadi.
00:21Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengarahkan Rapid KL mengambil perhatian mengenai permasalahan itu bagi membolehkan penyelesaian segera dilaksanakan.
00:30Menerusi maklum balas di platform TRATS, Anwar berkata isu kesesakan perkhidmatan tren kerap terjadi dan ia pastinya merencatkan rutin harian
00:39rakyat.
00:39Susulan itu gesanya kerajaan perlu lebih peka dan bertindak.
00:43Maklum balas Perdana Menteri itu turut mendapat perhatian ramai selain meraih lebih 25,000 tanda suka dan hampir 300 komen
00:50selain kira-kira 1,500 ulang siar.
00:53Sebelum itu, pengguna TRATS menerusi hantarannya memuat naik kepingan gambar mempamerkan situasi kesesakan di alami pengguna perkhidmatan tren terutama di
01:01ibu kota setiap hari.