00:00Empat maut manakala sebelas lagi cedera apabila sebuah helikopter tentera Itali terhempas di Bosnia dan Herzegovina pada Khamis.
00:07Kementerian Pertahanan Itali maklumkan helikopter yang membawa 15 penumpang dan anak kapal itu sedang beroperasi di bawah misi pengaman Kesatuan
00:14Eropah ketika kejadian.
00:18Dua mangsa yang terkorban merupakan anggota tentera darat Itali manakala dua lagi daripada Kor Tentera Sukarela, Palang Merah, Itali.
00:25Kesemua sebelas mangsa yang cedera sedang menerima rawatan dan tiada yang berada dalam keadaan mengancam nyawa.
00:31Agensi Berita ANSA melaporkan kejadian berlaku di kampung Gorisha daerah Birchko.
00:36Pesawat berkenaan digunakan dalam operasi Altia, kendalian Pasukan Kesatuan Eropah yang memantau pelaksanaan perjanjian damai Dayton.
00:44Menteri Pertahanan Itali, Gaido Corsetto dan Perdana Menteri Georgia Melanie menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa.
00:51Kementerian Pertahanan Itali memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca nahas.