Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Jabatan Imigresen akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan terhadap pelanggaran undang-undang imigresen. Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa tanpa menularkannya bagi mengelakkan operasi terjejas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Imigresen Malaysia tidak akan menghentikan operasi penguatkuasaan terhadap warga asing yang melanggar undang-undang imigresen termasuk di kawasan penempatan
00:07yang didakwa membentuk koloni serta premis perniagaan yang menjadi tumpuan mereka.
00:12Ketua Pekara Imigresen, Dato' Zakaria Shaaban berkata operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat di seluruh negara sesuai pernikatan kes tangkapan dan
00:20operasi yang dilaksanakan sepanjang tahun ini.
00:24Beliau berkata tindakan penguatkuasaan tidak tertumpu kepada kawasan penempatan warga asing semata-mata sebaliknya turut melibatkan kegiatan sindikat penipuan dalam
00:33talian dan aktiviti perniagaan yang melanggar undang-undang imigresen.
00:37Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kewujudan koloni warga asing termasuk di kawasan yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan.
00:44Mengulas mengenai lokasi yang kini berada dalam radar JIM, Zakaria berkata maklumat berkenaan tidak boleh didedahkan bagi mengelakkan operasi penguatkuasaan
00:53terjejas.
00:55Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menularkan maklumat mengenai kegiatan warga asing yang disyakir melanggar undang-undang sebelum menyalurkannya
01:02kepada pihak berkuasa.
01:03Zakaria berkata tindakan menularkan maklumat berkenaan berisiko menyebabkan individu yang disasarkan melarikan diri sekaligus menyukarkan tindakan penguatkuasaan serta membuka ruang
01:14kepada penghapusan bahan bukti.
01:16Beliau merujuk kepada kejadian di janda baik yang mendapat perhatian media sebagai contoh bagaimana pendedahan awal boleh menjejaskan tindakan pihak
01:24berkuasa.
01:24Beliau berkata kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan setiap maklumat yang diterima dapat disusuli tindakan penguatkuasaan secara berkesan.
01:33Terima kasih telah menonton!

Recommended