Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Usaha memprofilkan pelajar yang kerap ponteng sekolah perlu disusuli intervensi bersasar bagi menangani punca sebenar ketidakhadiran mereka, bukan sekadar mengenal pasti pelajar berisiko.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Usaha memprofilkan pelajar yang kerap ponteng sekolah perlu disusuli intervensi bersasar
00:06bagi menangani punca sebenar ketidakhadiran mereka bukan sekadar mengenalpasti pelajar berisiko.
00:13Pensyarah kanan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr. Mohd Syazwan Zainal berkata
00:18masalah ponteng sekolah boleh berpunca daripada konflik keluarga, kesimpitan ekonomi, pengalaman buli serta tekanan akademik.
00:27Namun kita perlu memahami bahawa ponteng sekolah bukan semata-mata masalah disiplin
00:33ia merupakan petunjuk kepada masalah keluarga, ekonomi atau tekanan psikososial yang lebih kompleks.
00:40Oleh itu, pemprofilan tidak boleh terhenti pada proses mengenalpasti pelajar sahaja tetapi mesti disusuli dengan intervensi yang bersesuaian.
00:49Sehubungan itu, beliau berkata pendekatan berbeza perlu diberikan mengikut keperluan pelajar termasuk bantuan kewangan
00:55bagi mereka yang berdepan kesulitan ekonomi serta sokongan psikososial kepada pelajar yang mengalami buli atau tekanan emosi.
01:02Menurutnya pihak sekolah perlu menerajui pelaksanaan intervensi dengan sokongan kementerian pendidikan, polis, ibu bapa dan agensi berkaitan
01:11selain memastikan setiap pelajar berisiko mempunyai pelan bantuan serta pemantauan yang bersesuaian.
01:17Dia terhenti pada proses mengenalpasti pelajar sahaja tetapi mesti disusuli dengan intervensi yang bersesuaian.
01:24Jika tidak, mungkin hanya berjaya mengesan pelajar yang penting tetapi gagal menyelesaikan punca sebenar ketidakhadiran mereka.
01:32Kejayaan pemprofilan bukan diukur melalui jumlah pelajar yang dikenalpasti tetapi berapa ramai yang berjaya dibantu untuk kembali dan kekal bersekolah.
01:40Beliau turut menegaskan keberkesanan pemprofilan perlu dinilai berdasarkan peningkatan kadar kehadiran,
01:48pengurangan kes ponteng berulang serta keupayaan pelajar untuk kekal dalam sistem pendidikan
01:53termasuk melalui pemantauan susulan selepas intervensi dilaksanakan.

Recommended