00:00Baik, akhir sekali polis Indonesia sedang menyiasat 97 syarikat, termasuk 22 syarikat yang mempunyai kaitan dengan pihak asing berhubung kes
00:08kebakaran hutan dan tanah di seluruh negara itu.
00:1120 syarikat telah dikenal pasti sebagai suspek.
00:15Ketua Badan Siasatan Jenayah Polis Nasional Komisional General Asep Safruddin berkata,
00:2016 daripada 20 syarikat yang dikenal pasti sebagai suspek merupakan syarikat pelaburan domestik manakala 4 lagi adalah syarikat pelaburan asing.
00:30Dalam satu sidang media di Pontianak, Kalimantan Barat pada Khamis, beliau berkata jumlah syarikat yang dikenal pasti sebagai suspek mungkin
00:37meningkat apabila siasatan diteruskan.
00:40Asep berkata syarikat yang dikenal pasti sebagai suspek telah melantik wakil pegerusan bagi menghadapi proseding undang-undang dengan kertas siasatan
00:47akan dikemukakan kepada pendakur raya sebelum kes dibawa ke mahkamah.
00:51Syarikat terbabit disiasat mengikut artikel 98, 99 dan 108 Undang-Undang Pelindungan dan Pengurusan Alam Sekitar yang berangkumi kesalahan alam
01:01sekitar secara sengaja atau akibat kecuaian serta pembakaran tanah.
01:06Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun terhadap individu yang bertanggungjawab dan denda sehingga 15 bilion rupiah bersamaan 3
01:16.36 juta ringgit.
01:18Asep berkata polis telah mengesyorkan pembatalan lesen perniagaan 23 syarikat susulan penemuan termasuk kejadian kebakaran berulang dalam kawasan konsesi, kebakaran
01:29yang berpunca dari tanah milik syarikat, kemudahan pemadaman kebakaran yang tidak mencukupi serta kawasan terbakar melebihi 500 hektar.
01:37Beliau berkata polis setakat ini menerima 104 laporan melibatkan syarikat berangkumi kawasan terbakar seluas lebih 29,000 hektar termasuk 33
01:47laporan di Kalimantan Barat, 20 di Sumatera Selatan, 14 di Kalimantan Tengah, 13 di Kalimantan Selatan dan 7 di Kalimantan
01:57Timur.
01:58Bagi kes melibatkan individu, polis menerima 287 laporan merangkumi kawasan terbakar seluas lebih 5,800 hektar dengan 245 individu, dikenalpasti
02:11sebagai suspek.
02:12Kalimantan Barat mencatatkan jumlah laporan polis tertinggi melibatkan individu iaitu 68, diikuti Riau 59, Kalimantan Tengah 43, Sumatera Selatan 42
02:24dan Kalimantan Timur 30.
02:28ASEP berkata kes melibatkan individu secara umumnya berkaitan pembakaran secara sengaja atau akibat kecuaian bagi tujuan pembersihan tanah dengan suspek
02:37disiasat mengikut Undang-Undang Pelindungan Alam Sekitar, Pelabangan dan Perhutanan.
02:44Terima kasih.