Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kerajaan Persekutuan mengekalkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) manakala Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih belum menjadi pilihan selagi kos sara hidup membebankan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, Perkembangan Sidang Parlimen pertama sekali, Kerajaan Sekutuan mengekalkan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan SST, manakala cukai barang dan perkhidmatan
00:08GST masih belum jadi pilihan selagi kos sehari hidup membebankan.
00:14Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Hazizan berkata, Kerajaan juga akan terus menambah baik SST untuk mengurangkan kesan cukai
00:21bertindih, mengurangkan kos perniagaan, selain memudahkan aspek pematuhan.
00:28Amir Hamzah menjelaskan langkah ini penting memandakan GST cenderung bersifat regresif berikutan golongan berpendapatan rendah akan membelanjakan bahagian lebih besar
00:38daripada pendapatan mereka untuk membeli barangan dan perkhidmatan.
00:42Katanya, walaupun keadaan cukai sama, beberapa relatif kepada pendapatan adalah lebih berat bagi rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40, justru
00:51hasil tambahan mesti dinilai bersama beban yang ditanggung oleh rakyat.
00:55Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan peringkat dasar rang undang-undang perbekalan bagi Kementerian Kewangan MOF di Parlimen pada Khamis.
01:05Menjelaskan selanjutnya, Amir Hamzah berkata, berbanding GST, cukai SST sebaliknya memberikan ruang untuk pendekatan yang lebih progresif dan bersasar.
01:14Ini termasuk membolehkan kerajaan memilih barang dan perkhidmatan untuk dicukai dan pada masa sama mengecualikannya bagi perangan asas.

Recommended