00:00Istana hendaklah menjadi tempat yang menyatukan, bukan gelanggang, yang membesarkan perbezaan. Itu titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
00:08Sebenarnya itu, bagi demahu, ahli-ahli Dewan Negara Perak dan Pembesar Istana menjauhi pertelingkahan, perebutan pengaruh dan berudaya berpuak-puak.
00:19Sultan Nazrin juga mahu ahli-ahli Dewan Negara dan Pembesar Istana memahami peranan institusi raja dalam kerangka raja berperlembagaan dan
00:27menghormati batas kuasa dan tanggungjawab yang ditetapkan.
00:32Jika timbul perselisihan, selesaikanlah melalui perundingan yang jujur dan beradab.
00:39Amalkan syurah, dengarkan pandangan sesama sendiri dan utamakan kepentingan negeri mengatasi kehendak peribadi.
00:51Jangan kerana mahu mempertahankan kedudukan sendiri, amanah yang lebih besar diabaikan.
00:58Berkerjasamalah dengan kerajaan dan institusi negeri secara profesional, tanpa mencampuri urusan pentadbiran atau menggunakan kedudukan untuk kepentingan politik kepartian.
01:15Istana hendaklah terus dihormati sebagai institusi yang menaungi rakyat dan memayungi seluruh negeri.
01:25Kepercayaan rakyat terhadap institusi raja akan bertambah kukuh apabila mereka melihat pembesar-pembesarnya berkhidmat dengan amanah, bersikap adil dan menjaga
01:40tutur kata.
01:42Baginda bertitah pada mesyuarat Dewan Negara Perak ke-175 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsa pada Khamis.