Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
MyEG Sdn Bhd dikenakan taksiran cukai pendapatan tambahan RM 353.13 juta oleh LHDN bagi tahun taksiran 2021 hingga 2023.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Anak syarikat milik penuh Zetrix AI Berhad, MyEG Sendirian Berhad dikenakan taksiran cukai pendapatan tambahan berjumlah RM353.13 juta oleh
00:12lembaga hasil dalam negeri LHDN termasuk penalti.
00:16Taksiran yang dimaklumkan pada Rabu itu membabitkan penentuan harga pindahan berjumlah RM333.10 juta serta faedah yang dianggap terakru sebanyak
00:29RM20.02 juta bagi tahun taksiran 2021 hingga 2023.
00:37Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia, Zetrix AI turut memaklumkan kerajaan Malaysia telah menfaikan saman sivil terhadap MyEG berhubung perkara berkenaan.
00:48Bagaimanapun, MyEG yakin dengan kewajaran pendiriannya dan akan mengambil langkah yang perlu bagi melindungi kepentingannya termasuk mempertahankan pendirian itu melalui
00:58saluran undang-undang yang sewajarnya.
01:01MyEG juga telah menfaikan rayuan bagi mencabar taksiran cukai tambahan itu di hadapan pesuruh jaya khas cukai pendapatan selain berusaha
01:09menyelesaikan perkara berkenaan secara baik dengan LHDN.
01:13Syarikat itu akan mengumumkan sebarang perkembangan penting berhubung proseding undang-undang berkenaan.
01:19Dalam makluman berasingan, Zetrix AI memaklumkan pihaknya masih belum menerima surat rasmi daripada kerajaan berhubung laporan berita dua hari lalu
01:28yang mendakwa kerajaan berancang untuk menyaman syarikat itu berkaitan tunggakan berjumlah RM314 juta.
01:37Zetrix AI berkata pengumuman sewajarnya akan dibuat sekiranya terdapat perkembangan penting berhubung perkara itu.
01:44Terima kasih telah menonton!

Recommended