Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Mereka masing-masing Aminuddin Abdul Jalil di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, manakala Junainah Sahat akan bertanding di DUN Taboh Naning.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pakatan Harapan PH menambah dua lagi calon daripada Parti Amanah Negara Amanah bagi pilihan raya Negeri Melaka 14 November ini.
00:08Abiduddin Abdul Jalil dinamakan sebagai calon di kerusi Dewan Undangan Negeri Don Sungai Rambai,
00:14manakala Junainah Sahad akan bertanding di Don Tabuh Naning.
00:20Mengesahkan perkara itu, pengerusi Amanah Melaka Dato' Ashraf Muklis Minghad berkata
00:25ini menjadikan parti komponen PH itu bertanding di tujuh kerusi berbanding lima yang diumumkan Sabtu lalu.
00:31Jelasnya keputusan meletakkan dua calon berkenaan dibuat berdasarkan kekuatan jentera di kawasan tersebut.
00:38Amiduddin merupakan ketua cawangan Amanah Jasin manakala Junainah ialah ketua Angkatan Wanita Amanah Negara Awan, Masjid Tanah.
00:45Terdahulu, setiusaha agung PKR Dato' Fuziah Saleh memaklumkan parti itu turut menambah satu lagi kerusi Don
00:51menjadikan keseluruhan sepuluh kerusi berbanding sembilan yang diumumkan sebelum ini.
00:56Kerusi tersebut ialah Don Air Limau dengan meja bersara Jaimi Dimon akan mewakili parti itu.
01:03Perkembangan terbaru itu menjadikan keseluruhan kerusi ditandingi PH ialah 24
01:07berbanding 21 kerusi yang diumumkan pengerusi PH Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 24 Oktober lalu.

Recommended