Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Polis Indonesia menyiasat 97 syarikat tempatan dan asing yang didakwa terlibat dalam kebakaran hutan berulang. Pihak berkuasa turut mencadangkan pembatalan lesen 23 syarikat susulan insiden yang menjejaskan kualiti udara dan kesihatan awam.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis Indonesia sedang menyiasat 97 syarikat tempatan dan asing termasuk anak syarikat sebuah firma Jepun berhubung dawaan penglibatan mereka dalam
00:08kebakaran hutan yang masih berlaku di beberapa pulau di negara itu.
00:11Kyodo News melaporkan Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Negara Asib Safruddin dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di wilayah
00:20Kalimantan Barat bahawa firma Jepun berkenaan yang dikenalpasti melalui singkatan PTMTI bersama 21 syarikat asing lain antara pihak yang sedang
00:29disiasat.
00:30Polis meminta kerajaan membatalkan lesir peniagaan 23 daripada 97 syarikat berkenaan kata asyap tanpa memperincikan identiti syarikat itu.
00:38Beliau berkata kebakaran hutan dan tanah berulang kali berlaku sejak awal tahun ini di kawasan konsesi milik syarikat berkenaan.
00:45Kebakaran besar di wilayah Indonesia di Borneo, Sumatera, Sulawesi, Maluku dan Papua sejak Ogos menyebabkan kualiti udara merosot serta memaksa
00:53sekolah beralih kepada pembelajaran dalam talian.
00:56Jerebu itu telah menjejaskan kesihatan penduduk di pulau-pulau berkenaan dengan ramai mengalami masalah pernafasan.
01:02Terima kasih.
01:05Terima kasih.
01:05Terima kasih.
01:06Terima kasih.

Recommended